Monday, November 10, 2008

Perdana menteri malaysia kelima




•Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-lima pada 31 Oktober 2003.
•Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
•Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
• Dato' Seri Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964.
•Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Dato' Seri Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
• Pada 15 Mac 1991, beliau dilantik sebagai Menteri Luar sehingga Januari 1999.
• Dato’ Seri Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
•Dato' Seri Abdullah telah mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Datin Seri Endon Dato' Mahmood pada tahun 1965.
•Setelah 40 tahun bersama, Datin Seri Endon telah meninggal dunia akibat penyakit kanser pada 20 Oktober 2005.
•Mereka mempunyai 2 orang anak dan 5 orang cucu. Perdana Menteri kemudiannya berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007. Datin Seri Jeanne mempunyai 2 orang anak perempuan

Perdana menteri malaysia keempat




•Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat pada 16hb Julai 1981.
• Dilahirkan pada 20hb Disember 1925 di Alor Setar, ibu negeri Kedah.
•Tun Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal dan menengahnya di bandar kelahirannya. Pada tahun 1947, beliau mendapat tempat di Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura untuk melanjutkan pelajarannya.
•Beliau telah menjadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak ditubuhkan pada 1946.
•Pada tahun 1976, Tun Dr. Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri disamping terus menjalankan peranan dan tugas-tugas sebagai Menteri Pendidikan Tun Dr. Mahathir telah dipilih sebagai salah seorang daripada tiga Naib Presiden UMNO pada tahun 1975
•Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr. Mahathir mengalahkan lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993.
•Di bawah pentadbiran beliau, parti memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.
•Tun Dr. Mahathir berkahwin dengan seorang doktor, Tun Dr. Siti Hasmah bt Mohd Ali, dan mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
•Tun Dr. Mahathir telah bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Perdana menteri malaysia ketiga




•Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981.
•Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.
•Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru.
•Tun Hussein, yang berasal dari keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya.
•Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama, iaitu parti yang ditubuhkan dengan bantuan bapanya.
•Tun Hussein meninggalkan UMNO pada 1951 untuk menyertai bapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
•Tun Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah menjalani rawatan jantung pada awal 1981.
• pada 17 Julai 1981 beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 pada usia 68 tahun.
•Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.

Perdana menteri malaysia kedua



•Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua, beliau menggantikan Tunku Abdul Rahman memimpin negara dari tahun 1970 hingga 1976.
•Dilahirkan di Pulau Keladi, Pahang pada 11 Mac 1922, Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.
•Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
•Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1934 dan merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
•Dua tahun kemudian, beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Pahang dan pada Februari 1955, pada usia 33 tahun, beliau menjadi Menteri Besar Pahang.
•Pada September 1970, Tun Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Perdana Menteri Malaysia.
•Tun Razak menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah, Parti Perikatan
•Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan politik.
•Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Pembangunan bagi menghargai segala sumbangannya di dalam pembangunan kebangsaan dan luar bandar

Perdanaa menteri malaysia pertama




•Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.
•Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.
•Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
•Beliau merupakan putera ke tujuh Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan Kedah yang ke dua puluh empat, dan Che Manjalara.
•Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah pada 1925.
• Keupayaannya memimpin juga mula terserlah semasa di England.
•Beliau dijadikan Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Kedah selepas sahaja beliau kembali ke tanahair.
•Pada 26 Ogos 1951, Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Beliau menjelajah ke seluruh negara bertemu segenap lapisan masyarakat dan menyeru ke arah penyatuan.
•Pada 22 September 1970 Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.
•Tunku, yang dikurniakan tujuh orang cahayamata melalui perkahwinannya dengan Allahyarham Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, meninggal dunia pada 1990.