Monday, November 10, 2008

Perdana menteri malaysia ketiga




•Tun Hussein Onn, merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga, memimpin negara dari tahun 1976 hingga 1981.
•Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 12 Februari 1922 dan merupakan cahayamata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.
•Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan English College di Johor Bahru.
•Tun Hussein, yang berasal dari keluarga yang begitu mendalam semangat nasionalismenya.
•Pada 1949, beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama, iaitu parti yang ditubuhkan dengan bantuan bapanya.
•Tun Hussein meninggalkan UMNO pada 1951 untuk menyertai bapanya menubuhkan parti baru iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
•Tun Hussein, yang berkahwin dengan Toh Puan Suhaila Tan Sri Haji Mohd Noah menjalani rawatan jantung pada awal 1981.
• pada 17 Julai 1981 beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 pada usia 68 tahun.
•Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.

No comments: