Monday, November 10, 2008

Perdanaa menteri malaysia pertama




•Tunku Abdul Rahman dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan sebagai mengenangkan segala jasa dan pengorbanan beliau dalam mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.
•Beliau menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dari tahun 1957 hingga 1963 dan Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1963 hingga 1970.
•Tunku dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, Kedah.
•Beliau merupakan putera ke tujuh Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan Kedah yang ke dua puluh empat, dan Che Manjalara.
•Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-undang dan Sejarah pada 1925.
• Keupayaannya memimpin juga mula terserlah semasa di England.
•Beliau dijadikan Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Kedah selepas sahaja beliau kembali ke tanahair.
•Pada 26 Ogos 1951, Tunku menjadi Presiden UMNO menggantikan Dato' Onn Jaafar. Beliau menjelajah ke seluruh negara bertemu segenap lapisan masyarakat dan menyeru ke arah penyatuan.
•Pada 22 September 1970 Tunku meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Tun Abdul Razak.
•Tunku, yang dikurniakan tujuh orang cahayamata melalui perkahwinannya dengan Allahyarham Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, meninggal dunia pada 1990.

No comments: